Islam & Teknologi

Lets explore this world together!!

nokia ape nie..cm canggih jerr

Pembaharuan yang hebat

Pengguna pasti teruja dengan kecanggihan produk baru Nokia ini.



Walaupun telah lama berada di pasaran, peluang mengguna pakai Nokia 5310 XpressMusic memang mengujakan.

Tidak seperti model Nokia yang biasanya bersaiz besar dan tebal, model ini amat nipis dan mudah dipegang.

Memandang serius muzik mudah alih, Nokia mula menceburkan diri melancarkan telefon mudah alih XpressMusic yang mampu dimiliki pengguna.

Model ini disasarkan kepada remaja dengan ciri-ciri nipis, warna terang dengan kad memori MicroSD 2 Gigabait (GB) sebagai tambahan penyimpanan tambahan 30MB.

Walaupun 5310 XpressMusic tidak dilengkapi 3G, bagi muat turun dengan cepat ia dilengkapi GPRS quad-band.

Model 5310 juga dilengkapi dengan kamera 2 megapiksel di belakang.

Muzik merupakan kriteria utama 5310 dan ia juga dilengkapi pemain video, radio FM termasuk 3.5 mm fon telinga.

Saiznya nipis hanya 9.9mm dengan berat 71 gram memberikan kemudahan untuk diletakkan dalam poket.

Papan kekuncinya mudah digunakan dan disusun dalam grid lurus dengan skrin bersaiz dua inci QVGA (240×320 piksel) berupaya memaparkan sehingga 16.7 juta warna bagi warna yang terang dan jelas.

Amat mudah digunakan sama seperti telefon mudah alih biasa, Nokia 5310 menggunakan antara muka Series 40 serta kawalan navigasi satu set kekunci soft key.

D-pad dan softkey boleh menawarkan jalan pintas kepada beberapa ciri yang diinginkan.

Selain akses pantas kepada pemain muzik dan radio, peringatan kalendar juga dipaparkan pada skrin tetapi anda boleh menguruskan semula mengikut keperluan.

Antara muka pemain muziknya seakan sama dengan model Nokia yang menggunakan model Siri 40.

Pemain berkenaan menyokong format fail muzik MP3, MP4, AAC, eAAc+ dan WMA serta senarai pemain, artis, album, genre serta pilihan video.

Bagi mendapat kualiti bunyi yang baik, set fon telinga yang dibekalkan boleh memberikan kepuasan kepada pengguna.

Dilengkapi dengan stereo Bluetooth bagi memberikan kemudahan menggunakan pembesar suara atau fon telinga tanpa wayar.

Bagaimanapun kamera tanpa autofokus yang terdapat dalam model ini gagal memberikan gambar yang jelas.

Secara keseluruhan, Nokia 5310 XpressMusic boleh dikatakan hebat dengan pelbagai pembaharuan dibandingkan dengan telefon Nokia sebelum ini.

Spesifikasi:

Rangkaian: GSM 900/1800/1900

Saiz: 103.8×44.7×9.9 mm, 44.8cc

Berat: 71 gram

Paparan:

Jenis: TFT, 16M warna

Saiz: 240×320 piksel, 31.5×41.5 mm

Nada dering:

Jenis: Polifonik (64 saluran), MP3,MP4, WMA, AAC, video

Memori:

Buku telefon: 200, buku telefon dan gambar

Slot kad: microSD (TransFlash), hotswap, 30MB memori dalaman

Data:

GPRS: Klas 32

EDGE: Klas 32 sehingga 177 kbits

3G: Tidak

WLAN: Tidak

Bluetooth: Ya, v2.0 dengan A2DP

USB: Ya, v2.0 mikroUSB

Ciri-ciri:

Pencarian Internet: WAP 2.0/xHTML, HTML (Opera mini)

Permainan: Snake II, Music Guess, Towerbloxx

Kamera: 2MP, 1600×1200 piksel video (QCIF)

Bateri:

Jenis: Li-Ion 860 mAh (BL-4CT)

Masa menunggu: sehingga 300 jam

Masa berbual: sehingga lima jam 20 minit

February 7, 2008 - Posted by gabanrider | Uncategorized | | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment