Islam & Teknologi

Lets explore this world together!!

MAS vs AiR ASIA

Tawaran menarik AirAsia, MAS

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menyatakan bahawa ia menawarkan 300,000 tempat duduk yang mana penumpang hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan surcaj bahan bakar.

Sejumlah 75,000 tempat duduk telahpun terisi dalam tempoh satu hari pelancaran ‘tempat duduk percuma’,” menurut syari- kat itu dalam satu kenyataan di sini semalam.

Promosi itu boleh diperoleh daripada hab-habnya di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching dan tempoh perjalanan ialah dari 26 Februari hingga 15 Mei.

Destinasi-destinasi popular di kalangan penumpang untuk tempat duduk ini ialah Bangkok, Hanoi, Macau, Phuket, Singapura, Kota Kinabalu dan Kuching selain laluan baru dari Johor Bahru ke Bangkok.

Tempahan semasa promosi perlu dilaku- kan secara dalam talian pada 3 Februari menerusi www.airasia.com.

Sementara itu, Pesta Pengembaraan Malaysia Airlines (MATF) yang akan diadakan selama dua hari mulai 22 Februari, menawarkan enam juta tempat duduk bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, Malaysia Airlines (MAS) menyatakan, tawaran menarik sehingga 70 peratus diskaun daripada tambang pasaran semasa itu ditawarkan sepanjang tempoh promosi bagi perjalanan sepanjang tujuh bulan sehingga akhir September 2008, kecuali beberapa tempoh tertentu.

Pengarah Komersial MAS, Datuk Rashid Khan berkata, tawaran itu adalah sebagai penghargaan kepada para pelanggan yang sentiasa yakin terhadap syarikat penerba- ngan berkenaan.

Katanya, tambang rendah itu termasuk ke destinasi terbarunya, Macau dan Yogya- karta serta Chennai, Delhi dan Bangalore.

” Tambang menarik juga ditawarkan ke Timur Tengah dan destinasi tradisional pilihan MATF seperti London, Amsterdam, Melbourne dan Perth,” jelas beliau. – Bernama

January 31, 2008 Posted by gabanrider | Uncategorized | | No Comments Yet

x-mufti meninggal…AL-FATIHAH..

ISHAK BAHAROM MENINGGAL DUNIA



SHAH ALAM – Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, (gambar) meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala di Hospital Sungai Buloh petang semalam.

Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 2.50 petang selepas 21 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Allahyarham dimasukkan ke ICU kira-kira pukul 6 petang semalam (kelmarin) selepas mengadu sesak nafas.

“Keadaan Allahyarham sepanjang berada di ICU kritikal sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan pagi ini di Masjid Lipat Kajang, Klang sebelum dikebumikan di Makam Diraja Selangor di Seksyen 10 di sini

Allahyarham yang dilahirkan di Kanchong Darat, Banting menjawat jawatan sebagai Mufti Selangor selama 12 tahun sejak 1985.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Halijah Abdullah, 48, dan tiga orang anak.

January 31, 2008 Posted by gabanrider | Uncategorized | | No Comments Yet

menjadi rebutan..NOKIA 5610

Hingga 3,000 lagu



TELEFON bimbit Nokia 5610 XpressMusic membolehkan anda mengekspresi muzik anda melalui bukaan gelongsornya. Panel sisi aluminium dan kemasan hitam berkilat sepenuhnya, menjadikan telefon berskrin 2.2 inci ini tampak memikat. Telefon bimbit ini menawarkan bunyi yang jelas dan 22 jam masa mendengar muzik. Dengan kad memori microSD berkapasiti 4GB, anda boleh menyimpan sehingga 3,000 lagu di dalamnya!

Lebih daripada sekadar telefon dan pemain muzik, ia juga dilengkapi kamera 3.2 megapiksel.

Spesifikasi:Model: Nokia 5610 XpressMusic

Dimensi: 9.85 x 48.5 x 17 mm

Berat: 111 gram

Masa bercakap: Sehingga 6 jam

Masa mendengar muzik: 22 jam

Pemain muzik: MP3, AAC, AAC+, eAAC+, M4A dan WMA

Paparan: 2.2 inci QVGA sehingga 16.7 juta warna

Warna: Biru, merah

Harga: RM1,339

Lain-lain: kamera, video, stereo radio, 3G, Bluetooth

January 31, 2008 Posted by gabanrider | Uncategorized | | No Comments Yet

Nokia 6120 klasik….sapa punya??

Klasik yang hebat

Nokia 6120 Classic

IA mempunyai rupa paras klasik dan tidak nampak ‘mewah’ seperti telefon bimbit Nokia siri N atau E. Sekali imbas, tidak ada apa yang benar-benar menangkap pandangan mata.

Tetapi, penulis mengklasifikasikan telefon bimbit Nokia 6120 Classic ini sebagai telefon yang hebat dan tidak mengecewakan.

Berbanding dengan telefon siri N yang menyasarkan kepada pengguna multimedia atau E yang menjurus kepada pengguna bisnes, Nokia 6120 Classic adalah telefon biasa untuk semua.

Tidak menggunakan material mewah, mahupun dilabel ikon fesyen, ia direka khusus untuk disukai kebanyakan orang. Anda mungkin tidak jatuh cinta pada rupanya, tetapi anda tidak mungkin mengatakan ia ‘hodoh’.

Ia masih lagi telefon bimbit Nokia Symbian, sama seperti Nokia siri E dan N, bahkan dengan berat 89 gram sahaja, ia disifatkan sebagai telefon Symbian paling ringan dan secara praktikalnya juga telefon Symbian terkecil. Di situ, sudah menyerlahkan kelebihannya.

Rekaannya biasa sahaja dan selesa dalam genggaman. Berwarna kombinasi hitam dan perak, ia sedikit sebanyak kelihatan bergaya. Pad kekuncinya yang diperbuat daripada plastik selesa untuk ditekan ketika mendail atau menaip mesej.

Skrin LCD TFT dua incinya berwarna dengan piksel 240 x 320 sehingga 16 juta warna. Dengan kad slot microSD luaran memorinya boleh ditambah sehingga dua gigabait. Butang power Nokia 6120 Classic terletak di atas telefon. Ia turut boleh mengirim dan menerima emel beserta dengan lampiran (attachment).

Beroperasi dengan sistem Symbian S60, antara kelebihan terbesar Nokia 6120 Classic juga ialah ia menyokong HSDPA, atau biasanya dirujuk sebagai 3.5G. Ini menjadikannya mampu memuat turun dengan lebih cepat dan mengakses internet dengan lebih pantas. Sebuah lagu MP3 (kira-kira 5MB) boleh dimuat turun hanya 45 saat dengan Bluetooth. Bahkan, ia dikatakan mampu memuat turun 10 kali lebih cepat daripada 3G.

Telefon bimbit ini juga mempunyai pemain muzik dan perakam video. Penulis sukakan sistem bunyinya yang dilengkapi dengan gemaan. Pengguna boleh memilih pelbagai jenis gemaan seakan dalam bilik kecil, bilik sederhana kecil, dalam bilik air mahupun di dalam air. Aneh, tapi memang itu antara pilihannya.

Telefon bimbit ini juga dilengkapi kamera dua megapiksel. Walaupun pikselnya tidak begitu besar, namun ia memadai untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda. Ia juga menawarkan mode panorama untuk membolehkan anda mencipta gambar yang lebih kreatif.

Selain itu, telefon berharga sekitar RM1,000 ini turut mempunyai radio, kalendar, kalkulator, nota, penukar unit, perisian Adobe PDF, Quickoffice dan jam penggera.

Bercakap tentang jam penggera, penulis teringat sesuatu mengenainya. Penulis agak terkejut ketika mendapati jam penggeranya yang telah penulis setkan masih berbunyi walaupun telefon bimbit telah dimatikan.

January 31, 2008 Posted by gabanrider | Uncategorized | | No Comments Yet

Internet dalam kocek

Internet dalam kocek

SEJAUH mana pentingnya sebuah telefon bimbit? Mungkin soalan itu pernah terlintas di fikiran kita.
Sama ada kita setuju atau tidak, telefon bimbit menjadi satu keperluan, malah ia membudaya bukan saja dalam masyarakat kita, tetapi di seluruh dunia.

Bergerak tanpa telefon bimbit ibarat menyanyi tanpa muzik.

Kawasan yang dapat dicapai oleh rangkaian telefon bimbit juga kini semakin luas, manakala jumlah alat komunikasi mudah alih itu semakin besar.

Bayangkan, kini ada lebih 2.8 bilion pengguna telefon bimbit di seluruh dunia, dengan di Malaysia saja ada 3.9 juta pengguna – satu jumlah yang cukup besar sehingga menjadikan industri berkenaan cukup berpengaruh.

Tahun lalu, jumlah pengguna telefon bimbit di negara kita meningkat 49 peratus dan dijangka berkembang lebih pesat tahun ini iaitu mencapai 61 peratus.

Peningkatan jumlah pengguna ini turut mendorong perkembangan pesat dalam teknologi komunikasi.

Telefon bimbit kini bukan saja digunakan untuk berkomunikasi, malah menjadi sumber untuk mendapatkan maklumat. Internet yang biasanya dilungsuri di komputer, kini boleh dicapai melalui telefon bimbit.

Bagaimanapun, seperti ditegaskan oleh ketua syarikat pembekal perkhidmatan selular terbesar di dunia, China Telecom, Wang Jiangzhou, telefon bimbit bukan sebuah komputer kecil dan jangan hanya bercakap mengenai kemudahan Internet dalam telefon, sebaliknya perlu berusaha mencipta pengalaman baru melungsuri Internet melalui alat itu.

Inilah di antara isu menarik yang menjadi tumpuan sebahagian besar peserta Mobile Asia Congress – persidangan terbesar membabitkan syarikat penyedia perkhidmatan selular anjuran Groupe Speciale Mobile Association (GSMA) – yang diadakan di Macau, China, baru-baru ini.

Cabaran Jiangzhou itu menjadi satu daripada tajuk yang hangat dibincangkan.

Kini jumlah pengguna yang melungsuri Internet melalui telefon bimbit semakin meningkat dengan di India dan China saja jumlah pengguna yang melanggan khidmat itu bertambah lebih 10 juta setiap bulan, manakala di Malaysia dianggarkan 45 peratus daripada pengguna telefon bimbit mengakses Internet melalui alat itu.

Di negara seperti Malaysia yang mana 70 peratus daripada penduduknya memiliki telefon bimbit, berbanding hanya 13 peratus yang mengakses Internet melalui jalur lebar, khidmat Internet melalui telefon bimbit berpotensi besar bukan saja kepada pengguna tetapi juga syarikat penyedia perkhidmatan dan pengiklan.

Berdasarkan perkembangan ini, tidak hairanlah jika telefon bimbit kini menjadi pentas baru persaingan di kalangan syarikat penyedia khidmat berkenaan.

Syarikat enjin carian maklumat dalam Internet, Yahoo, bertindak pantas dengan mencipta platfom carian khusus `oneSearch’ bagi memastikan pengguna telefon bimbit dapat melungsuri Internet dengan mudah melalui alat itu.

Malah, dua syarikat telekomunikasi tempatan, Maxis Communications Berhad (Maxis) dan DiGi Telekomucations Sdn Bhd (DiGi), sudah memeterai perjanjian menjadi rakan kongsi strategiknya bagi khidmat berkenaan.

Sejak dilancarkan di Amerika Syarikat pada Januari lalu, Yahoo oneSearch kini boleh dilayari di 19 negara seluruh dunia, termasuk Kanada, Perancis, Jerman, Indonesia, India, Itali, Malaysia, Filipina, Singapura, Sepanyol, Thailand, United Kingdom dan Vietnam.

Yahoo oneSearch mengetengahkan kaedah carian untuk peralatan mudah alih yang lebih berkesan apabila ia memahami kehendak pelanggan, di samping menyediakan jawapan dikehendaki pengguna secara terus dalam ruangan keputusan.

Naib Presiden Kanan (Mobile dan Broadband Connected Life) Yahoo Inc., Steve Boom, ketika menyampaikan ucapan dasar pada kongres berkenaan berkata, kaedah carian pada komputer peribadi dan telefon bimbit adalah berbeza ibarat buah epal dan oren.

“Pengguna telefon bimbit mempunyai kehendak yang berbeza. Mereka mahukan setiap jawapan bukan saja ringkas, tetapi juga khusus dan mudah.

“Oleh itu, ia memerlukan enjin carian yang dapat menjangka kehendak soalan, siapa yang bertanya dan di mana mereka berada,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, jika pengguna ingin mendapatkan maklumat mengenai sesuatu penerbangan pesawat Singapore Airlines, mereka hanya perlu menaipkan SQ diikuti nombor penerbangan dan segala maklumat terkini, termasuk masa berlepas dan masa ketibaan bagi penerbangan itu boleh diperolehi.

Ini berbeza jika pengguna menaipkan nombor penerbangan berkenaan pada enjin carian biasa di komputer peribadi, jawapan yang diterima mungkin terlalu banyak dan sebahagian besar daripadanya tiada kaitan dengan penerbangan yang anda maksudkan.

Selain oneSearch, Yahoo juga sebelum ini sudah memperkenalkan versi beta Yahoo Go for Mobile 2.0, aplikasi inovatif yang menilai semula pengalaman internet mudah alih bagi pengguna menerusi reka bentuk produk yang mampu diperibadikan melalui kandungan internet serta penciptaan semula pencarian mudah alih.

Selain Yahoo, gergasi telekomunikasi Jepun – SoftBank – turut terbabit secara serius dalam membangunkan pelbagai aplikasi bagi memudahkan pengguna telefon bimbit melungsuri Internet melalui alat berkenaan.

Ketua Pegawai Operasinya, Masayoshi Son, berkata antara lain syarikatnya yang menguasai hampir 70 peratus pasaran Jepun, turut memperkenalkan butang sekali sentuh yang membolehkan pengguna mengakses laman carian Yahoo oneSearch dengan hanya menekan satu butang.

“Di Jepun, jumlah pengguna yang mengakses Internet melalui telefon bimbit kini melebihi jumlah mereka yang melungsurinya dari komputer peribadi.

“Saya sendiri jika dulu terpaksa menghadap komputer sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk membaca e-mel, kini lebih selesa mengaksesnya melalui telefon bimbit,” katanya.

January 28, 2008 Posted by gabanrider | Uncategorized | | No Comments Yet

Malware, hati-hati!!!!!

PENGGUNA Internet perlu lebih berhati-hati dengan transaksi online apabila laporan syarikat kawalan keselamatan online, F Secure menunjukkan peningkatan ‘malware’ sepanjang tahun 2007 sehingga 100 peratus.

Jumlah terbabit menunjukkan rangkaian jenayah mengeluarkan pelbagai bentuk malware yang banyak.
Ketua Pegawai Penyelidik F Secure, Mikko Hypponen, berkata pihaknya tidak pernah melihat begitu banyak contoh malware tiba di makmal mereka.

“Kami tidak akan dapat mengawal contoh terbabit jika kita tidak mahir dalam sistem automatik pada tahap tinggi dalam sistem analisis malware yang dibina beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Menurutnya, tiada teknologi malware sebenar dikesan wujud dan ia hanya diperbaharui untuk meningkatkan tahap efektif dengan kejuruteraan sosial kekal menjadi kaedah utama untuk menyebarkan malware manakala lebih banyak perkakasannya dibangunkan penjenayah siber.

“Contohnya teknologi ‘Botnet Storm Worm’ yang digunakan pada setengah tahun pertama yang kemudiannya dimajukan pada separuh masa kedua tahun ini. Botnet mempunyai keupayaan menggunakan serangan DDoS untuk menentang penyelidik antivirus menyiasatnya,” katanya.

Telefon bimbit pintar juga tidak terkecuali dengan platform Symbian S60 turut menjadi sasaran tetapi perisian edisi ketiganya berjaya mengelak.

F Secure menjangkakan penambahan jumlah malware untuk 2008 dengan penjenayah siber dilihat berjaya membina ekosistem berdasarkan rangkaian bawah tanah.

January 28, 2008 Posted by gabanrider | Uncategorized | | No Comments Yet

Proton Saga terjual???

SHAH ALAM: Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton), menerima tempahan berjumlah 23,000 unit bagi keluaran terbarunya, Proton Saga, sekali gus menjadikannya model kereta nasional yang mendapat sambutan paling menggalakkan setakat ini.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata angka tempahan itu mencerminkan keyakinan pengguna terhadap Proton Saga dan kemampuan syarikat mengeluarkan produk yang memenuhi cita rasa semasa.

“Permintaan terhadap Proton Saga baru ini sangat baik, malah mungkin dianggap luar biasa kerana setakat hari pelancarannya hanya kira-kira 6,000 unit ditempah tetapi kini ia melambung sehingga mencecah 23,000 unit.
“Ini menunjukkan keyakinan tinggi terhadap kualiti model baru Proton Saga terutama dari segi keupayaan pemanduan, keselesaan, prestasi dan harga,” katanya kepada pemberita di majlis Hari Penghargaan Pelanggan Proton di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan kunci kepada empat penerima pertama Proton Saga baru berkenaan yang membuat tempahan sebelum model dilancarkan.

Syed Zainal Abidin berkata, berdasarkan sambutan dan maklum balas menggalakkan yang diterima terhadap model yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 18 Januari lalu itu, Proton yakin tempahan akan terus meningkat.

Mengenai keupayaan Proton memenuhi jumlah tempahan, Syed Zainal Abidin berkata, kilang pengeluaran kereta nasional di sini akan beroperasi dua syif sehari bagi mempercepatkan kerja pemasangan serta penghantaran.

“Dengan kapasiti pengeluaran sedia ada iaitu 5,500 unit sebulan, kami yakin pelanggan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan kenderaan mereka. Kami akan cuba membuat penghantaran seberapa segera yang boleh tanpa menjejaskan kualiti,” katanya.

Sehingga ini, tempoh menunggu untuk penghantaran Proton Saga terbabit ialah antara lima hingga enam bulan, bergantung kepada jenis model yang ditempah.

Terdahulu, dalam ucapannya, Syed Zainal Abidin berkata, program penghargaan pelanggan yang diadakan Proton bertujuan merapatkan lagi hubungan syarikat dengan pelanggan setia jenama itu selain menunjukkan kemudahan servis dan khidmat lepas jualannya.

Katanya pelanggan juga berpeluang melihat secara lebih dekat pelbagai model yang dipamerkan, selain boleh memberikan pandangan masing-masing untuk membantu Proton mengeluarkan jentera yang lebih menarik serta berkualiti pada masa depan.

“Kami serius untuk terus memperbaiki khidmat selepas jualan, kualiti dan paling penting meningkatkan hubungan dengan pelanggan. Kami mahu mereka tahu bahawa pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.

“Antara usaha yang sudah dilaksanakan Proton setakat ini termasuk menubuhkan Pasukan Bertindak Pelanggan Proton (CAT) yang bertujuan memastikan mereka mendapat perkhidmatan lepas jualan terbaik dan kereta berkualiti,” katanya.

January 28, 2008 Posted by gabanrider | Uncategorized | | No Comments Yet

gopoh gapah

Bergopoh gapah itu dari syaitan
Dari Anas (ra.) katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: Berhati-hati itu dari Allah s.w.t. sedangkan bergopoh-gapah itu berpunca dari syaitan.

(Hadis Riwayat Tarmizi)

Huraiannya:

Dalam hadis ini Rasulullah mengajar kita supaya bersikap

hati-hati dan bercermat dalam melakukan sebarang kerja dan amalan.

Katanya bercermat dan berhati-hati itu berlaku dari pihak Allah

dan sikap gopoh-gapah dan ingin bersegera itu datangnya

dari dorongan syaitan. Yang pertama (berhati-hati) akan

mendatangkan natijah yang sempurna manakala yang

kedua (sikap gopoh) itu akan mendatangkan natijah

yang kurang baik kerana ianya berpunca dari ajaran syaitan.

Kesimpulannya:

Hendaklah bersikap cermat dan hati-hati selalu dan jauhi sikap bergopoh-

gapah dalam melakukan segala urusan kehidupan. Kerana berhati-hati

itu dari Allah dan gopoh-gapah itu dari ajaran syaitan.

January 26, 2008 Posted by gabanrider | Uncategorized | | No Comments Yet

Kedah n Kedah

KUALA LUMPUR – Kedah memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu Liga Super apabila menang ke atas Sarawak 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Star, semalam.

Ini merupakan kemenangan kelapan yang dicipta Kedah daripada 11 perlawanan untuk mengumpul 25 mata setakat ini.

Kedua-dua gol Kedah semalam dijaringkan Mohd. Sabree Abu pada minit ke-5 dan 12.

Lima mata di belakang Kedah di tangga kedua adalah Selangor yang memintas kedudukan Negeri Sembilan selepas kejayaan menewaskan Brunei DPMM 2-1 di Stadium Shah Alam.

Safee Sali membuka jaringan buat Selangor pada minit ke-21 sebelum Brunei menyamakan kedudukan menerusi Dos Santos pada minit ke-32.

Frank Seator muncul wira Selangor apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-72. Santos kemudiannya dibuang padang pada minit ke-77.

Negeri Sembilan yang turut mempunyai 20 mata, sama dengan Selangor tetapi dipisahkan menerusi perbezaan jaringan pula hanya mampu seri 2-2 dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Pasukan pelawat bagaimanapun pada satu ketika ketinggalan 0-2 kepada Pahang hasil jaringan Redouane Barkaoui (pen-58) dan Cristiano Lopez (m-64) sebelum bangkit menyamakan kedudukan menerusi Effendy Malek (m-68) dan Mohd. Rahman Zabul (m-78).

Terengganu kembali menyertai saingan dalam perebutan kejuaraan liga musim ini hasil kemenangan 3-1 ke atas UPB-MyTeam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Gol-gol Terengganu dijaringkan Abd. Manaf Mamat (m-27), Mohd. Ashaari Samsudin (m-47) dan Joseph Bento Dos Anjos (m-87).

UPB-MyTeam kemudiannya memperoleh gol sagu hati hasil jaringan Mohd. Zamri Chin pada masa kecederaan.

Terengganu kini menghuni tangga kelima liga dengan 18 mata, sama dengan Perak tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Perak memintas Terengganu selepas menang besar ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Perlis turut mencipta kemenangan semalam dengan menewaskan Johor FC 3-1 di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Philimon Chipeta menjaringkan dua gol untuk Perlis pada minit ke-34 dan 63 di samping satu lagi gol menerusi K. Soley (m-81) manakala gol tunggal Johor FC dijaringkan Walter Silva (m-51).

January 26, 2008 Posted by gabanrider | Uncategorized | | No Comments Yet

Islam Agamaku

FAHAMI ISLAM SEPENUHNYA

Islam adalah agama yang syumul.Apabila seseorang menganut agama Islam, dia bukan sahaja terikat dengan peraturan-peraturan, hukum-hukum tapi seluruh hidupnya mestilah berada dalam landasan agama Islam itu sendiri. Dewasa ini, ramai yang menganut agama Islam tetapi tidak mengamalkan Islam sepenuhnya dalam diri. Apa yang penting dalam hidup seorang yang menggelarkan dirinya Islam ialah akidah. Dakwah Rasulullah pada peringkat awal di Makkah juga menekankan aspek akidah berbanding syariah yang sebahagian besarnya bermula di Madinah.

KENAPA TAK FAHAM ISLAM?

Kebanyakan orang memeluk Islam disebabkan keturunan. Oleh yang demikian, mereka menganggap cukuplah sekadar melaksanakan perintah agama seperti solat, puasa, zakat, dan haji sedangkan banyak lagi perkara-perkara yang perlu diberi perhatian terutama soal aurat, pergaulan, institusi masyarakat, undang-undang dan banyak lagi perkara dari pelbagai sudut dalam aspek kehidupan kita.Islam tidak pernah menyekat atau mengongkong ummatnya malah sebenarnya menjaga agar kehidupan penganutnya selamat dan sejahtera sesuai dengan nama Islam itu sendiri.

January 26, 2008 Posted by gabanrider | Uncategorized | | No Comments Yet